Hari tu, entah kenapa kita diasrama. Tempat first
kita kenal. Saya elakkan diri saya dari terserempak dengan awak. Saya sembunyi
belakang tiang. Awak dengan kawan-kawan awak. Saya sorang-sorang time tu.
Awak beratur nak ambik makan, gelak-gelak time
tu. Serius awak comel. Saya kental tabahkan hati beranikan diri pi beratur
jugak. Gila nak berlapar. Dalam hati saya doa “mintak-mintak awak tak nampak
saya”
Lepas beratur, meja makan penuh, yang ada tempat
kosong hanyalah meja depan mengadap awak. Gila. Time ni lah meja nak penuh
pulak kan, time ni jugak kau nak buat perangai kan. Perlahan-lahan jalan pi
depan awak, maksud saya, kerusi depan awak. Tuhan, tolonglah bangunkan aku, dan
cakap ini sekadar mimpi. Aku mohon.
Kring kring ------ “dah bangun belum? Dah pukul
6am ni, kan lewat pulak pi exam”
Senyum. Benar, ini mimpi. Doa aku dalam mimpi,
Tuhan makbulkan. Gila kau tak seronok bila kau mimpikan orang yang kau taknak
mimpi, dan doa kau supaya kau dikejutkan sebelum kau jumpa orang yang kau
taknak jumpa termakbul. Untuk awak yang saya TERmimpikan ni, kalau awak meroyan
sebab mimpi awak separuh jalan sebab saya bangun sebelum mimpi tu sempurna, tu
masalah awak. kahkahkah
Bila kita bermimpi, secara saikologinya awak
rindu saya. Tu pakar yang cakap, bukan saya memandai. Tapi tak kisahlah, sama ada saya rindu awak, atau awak rindu saya, saya
malas dah nak pikir. Yang pasti, saya tak rindu awak pun. Rindu, cuma tak
banyak, dah pudar dah.
*senyum*
you know who you are.
you know who you are.
No comments:
Post a Comment