If people ask me to describe 2012 in one
words, i will say it as pavlova. Haha. Its up to me leh. Why pavlova? Pavlova is
somethings yang sweet dan ada buah-buah masam kat atas dia kan to balance dia
punya rasa manis tu if im not mistaken (havent taste it yet, posting this while
hoping someone to treat me #eh) sebab tu guwa cakap 2012 macam pavlova. Ada manis,
ada masam, tapi kombinasi dua benda ni jadi hidup guwa tahun ni ohsem. At least
in a positive way. At least for me.
Banyak benda guwa belajar sepanjang tahun ni,
eh tak, banyak benda guwa belajar sepanjang guwa hidup 20 tahun ni. Kekadang guwa
rasa baru semalam guwa telanjang keliling rumah, baru semalam guwa rasa guwa
nangis-nangis hentak kaki sebab tak dapat mainan nak guwa nak, dan baru semalam
guwa rasa guwa main lompat-lompat dengan kawan-kawan anak jiran sebelah rumah. Baru
semalam.
Tapi hari ni, guwa sensorang kat shah alam,
timba ilmu. Jauh dari keluarga, berdikari. Hari ni, guwa sedar yang guwa dah belajar
banyak benda sepanjang hidup guwa. Betul kata mak, hidup ni proses
pembelajaran. Serius, hidup ni proses pembelajaran yang berterusan. Kalau kau
tak bercinta, kau tak rasa macam-mana rasa patah hati. Kalau kau tak jatuh, kau
taktau macam mana rasa sakit tu. Teori sakit dengan ‘rasa’ sakit tak sama dik,
bang, akak. Tak sama. Aku cakap jatuh motor sakit, tapi kau yang tak jatuh
motor belum tentu rasa benda yang aku rasa.
Serius, betol kata pakcik makcik, nenek tokki,
jiran sebelah rumah, kawan time kecik yang pengalaman mematangkan. Guwa belajar
memaafkan daripada bermusuh, guwa belajar melupakan dari mengungkit, guwa
belajar menerima sesuatu yang bukan milik guwa, guwa belajar macam-macam. Sungguh,
pahit manis tahun ni memori, kenangan..mungkin bakal bikin guwa senyum bila
guwa ada anak esok lusa.
Banyak yang guwa lalui tahun ni, guwa lalui
macam mana sedih bila kawan baik kau lagi pentingkan pakwe/makwe dari kau. Guwa lalui
macam mana sedih bila sahabat yang kau anggap as a part of family, cakap kat
kau yang dia taknak kau ganggu dia, betapa dia rimas bila kau amik berat. Guwa lalui
macam mana rasa bila kau kena pretend yang kau bahagia, gila-gila padahal kau punya segunung
masalah yang kau pendam sensorang yang boleh bikin kau betul-betul gila. Guwa lalui macam-macam. Macam-macam. Sabar,
tabah itu yang guwa nasihat kat diri guwa. Yang pahit pengajaran, yang manis
ganjaran.
“.....tak terkira berapa banyak dalam hidup
ni saya diuji dengan ujian yang besar-besar. sehinggakan ada kala saya rasa
hampir berputus asa, hilang pertimbangan. rasa dah tiada jalan lain. tapi
tiapkali tu juga saya teruskan hidup. paling lemah pun saya berserah. dan tiap
kali tu juga Dia datang bantu saya. sehingga saya mampu tersenyum semula. belum
pernah lagi saya dibiarkan bermurung sehingga mati. jadi, saya belajar sesuatu iaitu
- teruskan langkah. ujian datang tapi pasti akan pergi. di satu saat bila segala
kesukaran bertukar riang, masa tu kau pasti tersenyum. saat tu kau akan rasa
betapa nikmatnya sabar dan tabah....” – Zack Zukhairi
Tuhan ada, Dia takkan biar kita hadapi
dugaan luar batas kemampuan kita.
“....MEMANG
masa tanggung setiap inci dugaan itu kita akan ada rasa macam nak mati. rasa
kelar tangan mungkin lebih ringan beban. rasa rodok pil tidur dalam tembolok
mungkin lebih hilang serabutan. semua jenis kehancuran lebih mudah dari apa
sahaja yang sedang dijulang akal dan badan. TAPI. hidup perlu terus. perlu. supaya
kau dapat lihat semuanya setelah badai selesai--untuk kau saksikan setiapnya-- menoleh
semula dan rasa: "wow. did i JUST pass all that?". kita-- lebih kuat
dari apa yang kita sangka....” – Fynn Jamal
Dear Allah, please make this coming2013 a
blast year to us. Please make me, my family and those who always in my heart stronger,
healthier, better and most importantly, dont make me far from you.
5:08 am
Pusat Komersial Seksyen 7 -- guwa masih begini, di sini.
1 comment:
tiada manusia yg tak lakukan kesilapan. dr kesilapan kita belajar kenal diri kita,ape yg patut dan xpatut kita buat. kesilapan ni yg mematangkan kita. in shaa Allah,cuba perbaiki diri ini.
#maaf atas kesilapan, kecuaian ini sahabat. Allah Maha Mengetahui segalanya :')
Post a Comment