Monday, December 31, 2012

semanis pavlova




If people ask me to describe 2012 in one words, i will say it as pavlova. Haha. Its up to me leh. Why pavlova? Pavlova is somethings yang sweet dan ada buah-buah masam kat atas dia kan to balance dia punya rasa manis tu if im not mistaken (havent taste it yet, posting this while hoping someone to treat me #eh) sebab tu guwa cakap 2012 macam pavlova. Ada manis, ada masam, tapi kombinasi dua benda ni jadi hidup guwa tahun ni ohsem. At least in a positive way. At least for me.

Banyak benda guwa belajar sepanjang tahun ni, eh tak, banyak benda guwa belajar sepanjang guwa hidup 20 tahun ni. Kekadang guwa rasa baru semalam guwa telanjang keliling rumah, baru semalam guwa rasa guwa nangis-nangis hentak kaki sebab tak dapat mainan nak guwa nak, dan baru semalam guwa rasa guwa main lompat-lompat dengan kawan-kawan anak jiran sebelah rumah. Baru semalam.

Tapi hari ni, guwa sensorang kat shah alam, timba ilmu. Jauh dari keluarga, berdikari. Hari ni, guwa sedar yang guwa dah belajar banyak benda sepanjang hidup guwa. Betul kata mak, hidup ni proses pembelajaran. Serius, hidup ni proses pembelajaran yang berterusan. Kalau kau tak bercinta, kau tak rasa macam-mana rasa patah hati. Kalau kau tak jatuh, kau taktau macam mana rasa sakit tu. Teori sakit dengan ‘rasa’ sakit tak sama dik, bang, akak. Tak sama. Aku cakap jatuh motor sakit, tapi kau yang tak jatuh motor belum tentu rasa benda yang aku rasa.

Serius, betol kata pakcik makcik, nenek tokki, jiran sebelah rumah, kawan time kecik yang pengalaman mematangkan. Guwa belajar memaafkan daripada bermusuh, guwa belajar melupakan dari mengungkit, guwa belajar menerima sesuatu yang bukan milik guwa, guwa belajar macam-macam. Sungguh, pahit manis tahun ni memori, kenangan..mungkin bakal bikin guwa senyum bila guwa ada anak esok lusa.

Banyak yang guwa lalui tahun ni, guwa lalui macam mana sedih bila kawan baik kau lagi pentingkan pakwe/makwe dari kau. Guwa lalui macam mana sedih bila sahabat yang kau anggap as a part of family, cakap kat kau yang dia taknak kau ganggu dia, betapa dia rimas bila kau amik berat. Guwa lalui macam mana rasa bila kau kena pretend yang kau bahagia, gila-gila padahal kau punya segunung masalah yang kau pendam sensorang yang boleh bikin kau betul-betul gila. Guwa lalui macam-macam. Macam-macam. Sabar, tabah itu yang guwa nasihat kat diri guwa. Yang pahit pengajaran, yang manis ganjaran.

“.....tak terkira berapa banyak dalam hidup ni saya diuji dengan ujian yang besar-besar. sehinggakan ada kala saya rasa hampir berputus asa, hilang pertimbangan. rasa dah tiada jalan lain. tapi tiapkali tu juga saya teruskan hidup. paling lemah pun saya berserah. dan tiap kali tu juga Dia datang bantu saya. sehingga saya mampu tersenyum semula. belum pernah lagi saya dibiarkan bermurung sehingga mati. jadi, saya belajar sesuatu iaitu - teruskan langkah. ujian datang tapi pasti akan pergi. di satu saat bila segala kesukaran bertukar riang, masa tu kau pasti tersenyum. saat tu kau akan rasa betapa nikmatnya sabar dan tabah....” – Zack Zukhairi

Tuhan ada, Dia takkan biar kita hadapi dugaan luar batas kemampuan kita.

“....MEMANG masa tanggung setiap inci dugaan itu kita akan ada rasa macam nak mati. rasa kelar tangan mungkin lebih ringan beban. rasa rodok pil tidur dalam tembolok mungkin lebih hilang serabutan. semua jenis kehancuran lebih mudah dari apa sahaja yang sedang dijulang akal dan badan. TAPI. hidup perlu terus. perlu. supaya kau dapat lihat semuanya setelah badai selesai--untuk kau saksikan setiapnya-- menoleh semula dan rasa: "wow. did i JUST pass all that?". kita-- lebih kuat dari apa yang kita sangka....” – Fynn Jamal




Dear Allah, please make this coming2013 a blast year to us. Please make me, my family and those who always in my heart stronger, healthier, better and most importantly, dont make me far from you.





5:08 am
Pusat Komersial Seksyen 7 -- guwa masih begini, di sini.

1 comment:

Anonymous said...

tiada manusia yg tak lakukan kesilapan. dr kesilapan kita belajar kenal diri kita,ape yg patut dan xpatut kita buat. kesilapan ni yg mematangkan kita. in shaa Allah,cuba perbaiki diri ini.

#maaf atas kesilapan, kecuaian ini sahabat. Allah Maha Mengetahui segalanya :')