Wednesday, February 16, 2011

semua rasa dalam satu jiwa


Hendak dikhabarkan pada siapa?
Pada angin? Pada awan? Pada bulan? Pada bintang?
Punya telingakah?
Hendak dikhabarkan pada batu? Pada kayu? Pada debu?
Berperasaankah?
Pada kawan? Pada teman? Pada sahabat?
Mengertikah?
*mengeluh kecil

Keliru.
Buntu.
Kusut.
*tunduk lemah

Bila assignment minta dipenuhi.
Bila final exam makin menghampiri.
Fikiran kian kusut.
Jiwa bagai nak remuk.
Hidup umpama mayat berjalanan sendirian dijalanan.
Tanpa perasaan
*sepi, merenung bintang di langit

Sedia atau tidak.
Terpaksa ditempuhi.
Terpaksa dihadapi realiti.
Tanpa rela, dalam paksa.

Dimana aku nak sembunyi? Sampai bila?
Kemana aku nak lari? Jauh mana?
Tidak pasti.
biarkan sepi tanpa jawapan pasti
Aku harap ini fantasi, hanya sekadar mimpi.
Tapi hakikat ianya realiti dunia aku


2 comments:

Tyratyra said...

hahaha.
sy faham keserabutan awk :)

nak tips ?

abaikan assignment dan test semua.
pergi tidur.
;DD

izzieyshahz said...

kalau pilihan tu bole settle kn semua, sy sggup.kehkehkeh