Sunday, February 20, 2011

Entah




bila kau ada couple, kawan kau tinggalkan

tengok lah nanti, bila couple kau tinggalkan kau, aku nak tengok, kau datang cari aku tak -.-


gara-gara status 'panas' itu yang aku update di facebook, semua orang hentam aku. Tak, aku tipu. Semua orang macam tak senang dengan status tu. Mungkin mereka terasa. kehkehkeh. jahat sangat ke status tu? Kejam sangat ke? Atau pedas sepedas cili padi? ouchhh!

Salahkah kalau aku nak tegur? Salah? Kalau salah, maaf! Serius, dari hati.

Aku tak nafikan yang kita tak dapat nak puaskan hati semua orang, tapi at least mencuba untuk menjaga kan? Itu yang aku tengah buat. Aku mencuba untuk menjaga hati semua walaupun tak semua jaga hati aku. Adilkah?

Semalam, dalam kelas, aku tanya classmate aku satu soalan.

"Kalau satu hari nanti kau kapel, kawan atau kekasih lagi penting?" *aku main pas note sama macam budak sekolah tanya num fon :)

Dia cakap, depends kepada individu, priority dia lebih kepada kekasih tapi dia takkan lupakan sahabat walaupun dah ada kekasih!

Boleh ke? Tak semudah itu kan? Once kau dah ada kekasih, kau takkan sempat nak borak dengan kawan sekalipun! tu belum campur makan malam bersama, jalan-jalan tepi tasik, makan eskrem mekdi sambil jenjalan dalam mall, dan lain-lain yang dirasakan perlu.kehkehkeh. kan? Kalau sebelum ni, hujung minggu selalu keluar dengan kawan tengok wayang, jalan-jalan, bila kau dah ada kekasih? Takkan kau nak bawak kawan kau sekali?


Kawan : wei, jom hangout minggu ni?
Kau : tak boleh lah, aku ada date ngan anak pak mat jual labu tu.


See?
Mungkin tak semua begitu. Tapi kebanyakkannya begitu. Bila ada kekasih, kawan ditinggalkan. Bila kekasih tinggalkan kau, baru kau cari sahabat. Pinjam bahu, nak tumpang nangis, tapi bila kau gembira, pernah kau ada sisi dia? Tak! Tapi kau gembira dengan kau punya kekasih. Dia? Menangis tepi longkang pandang bintang tengah malam. Tak nak banyak lah, serius. Kawan kau takkan mintak kau bagi dia hadiah mahal-mahal hanya untuk rasa dihargai. Tak perlu kau belanja dia mekdi setiap bulan bila kau dapat gaji. Tak perlu lepak sama-sama tepi tasik sambil makan kek coklat. Hanya cukup kata hai. Hanya cukup sekadar kau tanya khabar. Susah ke? Tak habis kredit kau compared kau mesej kekasih kau sampai habih 10hinggit  satu hari. Itu dah  cukup bagi seorang sahabat. lebih dari cukup.


Mesti bila kau baca ini, ayat sarcastic muncul dalam kepala hotak korang kan?

“ kau jeles ke apa? Biar jelah kawan kau dengan kekasih dia, dah dia laku! Apa masalah kau? Hak dia. Nanti dia kawin dengan kekasih dia jugak, bukan kawin dengan kau! Ke kau ada hati dengan kawan kau?”


Kan kan kan?


Awak yang membaca dengan setia
Kamu yang membaca dan sebarkan pada semua
Mereka yang mendengar dari mulut kamu dan dia

Dengar pakai telinga! Tafsir pakai hati!

Salahkah seorang kawan mencemburui kawan yang dulu masanya ada untuk kita, kini masa berkualiti bersama kian tiada? Salahkah? Kalau salah. Maaf! Dari hati! Serius! Mungkin saya emosi. Tapi kalau tak salah, pun saya mintak maaf, sebab siapalah saya nak condemns sapa-sapa. Tak layak pun. Cuma nasihat. Nasihat dari hati! Maaf! 

5 comments:

iz @ aako89 said...

hurm..wanita ni,fikiran nya memang complicated kan?susah nak faham kadang2..

Syifa Syazana said...

entri yang terbaek =)
lelaki juga kadang2 complicated =.="

myra said...

lumrah dunia.macammacam ada.

apik pehe said...

ish2..apik pon x paham dengan masalah2 duniawi ni..hehe

K.i.T.a said...

haha aku da pernh tnye kawan baek ak dlu soklan tu..nk thu ape yg dye jwb...mst la kekasih dye yg pnting dri kwn..hahaha