Saturday, February 12, 2011

aku bukan budak hot


assalamualaikum
selamat semuanya wahai pembaca
semoga sihat sentiasa


korang percaya hukum karma tak?
tak?
percaya atau tak, aku rasa, kita memang perlu percaya
sebab apa?
sebab Tuhan itu maha ADIL

korang pernah dengar tak orang dulu-dulu cakap 'hidup umpama roda'?
tak?
korang patut pergi tinggal dalam gua
berkawan dengan ungka
kehkehkeh

korang kenal roda tak?
tak?
adoiiii...
pergi kedai tayar hujung jalan sana
dan tanya tauke dia, yang mana satu roda
sebab bila korang dah kenal mana satu roda
korang akan tahu bagaimana sifatnya
bulat kan?

begitulah kitaran hidup manusia
tak selamanya kita di atas
tak selamanya kita di bawah

'tuhan ciptakan pelangi selepas hujan'

jika di takdirkan kamu bersedih di permulaannya
tabahkan hati
akan kau temui sinar bahagia dikemudiannya
sama seperti pelangi
muncul selepas hujan
hadir membawa keceriaan

'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'

percayalah
tak selamanya kehidupan itu muram,sirna
satu saat nanti
akan timbulnya cahaya kebahagiaan
kita hanya perlu bersabar




++renungan++
Apabila kita dipilih oleh Allah untuk berjemaah di surau atau masjid
usah memandang hina org yang lepak dan meninggalkan solat diluar sana
Itu tandanya kita tidak bersyukur dan wujudnya perasaan riak'.
 
Sebaliknya berdoa supaya Allah tingkatkan ketaqwaan kita dan berikan hidayah kepada mereka
Begitu juga dalam hal menutup aurat
kerana bila-bila masa saja Allah boleh ubah mereka dan boleh ubah kita menjadi seperti mereka





*disclaimer :
tajuk entry tidak kena mengena dengan kandungan bahannya :) kehkehkeh
aku bukan budak hot
percayalah

1 comment:

scya lollita said...

saje lah tuh nk owg ckp dye PANAS .
malu2 kambeng gurun lak . haha