Setiap kali stress belajar untuk final, mesti rasa nak
berhenti belajar dan start business. Tak kisahlah jual nasik lemak tepi jalan
sebelah YuHaiTiEm ke, jual tudung Syiria online ke, jual cupcakes penyek ke
apa, mesti rasa macam tu. Hilang beban belajar, pikir nak cari untung je. Tapi
setiap kali pikir macam tu mesti rasa nak lempang diri sendiri laju-laju,
cincang kasi hancur, letak dalam freezer start business frozen food pulak.
Harharhar. Hambarnya aku sekarang, mungkin sebab dah tua -..-‘’
Dan setiap kali rasa nak cincang diri sendiri dan baling
diri sendiri dari tingkat 5 apartment pinggiran kota shah alam ni (baca: flat
pkns blok 42), seruan kembali ingat Tuhan tu ada. Alhamdulillah, hati tak mati
lagi. Dan bila ingat Tuhan minda otomatik kembali
rasional yang zaman sekarang mak ayah (baca: keluarga mertua) tak pandang bakal
menantu takdak degree. Kalau setakat nak naik Nasya Ajiz (baca: Yamaha Ego)
sampai tua, cuba cakap kat aku ayah mertua mana yang pandang? Awek pun tak
teruja nak datang dekat. Jadi kena belajar rajin-rajin so that boleh pakai Mini
Kuper pulak, gaji ribu riban senang, bini tunjuk itu ini
just swipe je pastu bulan-bulan aku makan pasir sayang bini punya pasal.
Ok. Entry ni sangat melalut. Dan ketahuilah bahawa ini
petanda aku stress. Jangan cari pasal dengan aku, serius mood senang rabak
time-time stress cenggini. Kau makan cekelat tak kongsi dengan aku pun aku rasa
nak bawak diri pi Zimbakwe musim-musim cenggini tahu dok? Harharhar. Hambar
kuasa dua. Aku sekarang dah makin perform buat suasana krik krik krik.
Aku rasa aku patut dapatkan khidmat konseling. Makin rabak
penyakit bangang aku ni. Doakan aku Berjaya siapkan proposal dan rajin-rajin
study untuk final exam. Dan ketahuilah bahawa saat ini aku sedang mandi-manda
sambil makan anggur tepi sungai Kelang. Please gelak, tak sanggup nak hadapi
kenyataan yang aku makin hambar. Hmmmmmm.
2 comments:
hehe, nasib baik tengah cuti skrg . yes . :P tp . hmm dh nak beh
jgn stress2 sgt
Post a Comment