Sunday, November 27, 2011

buku baru



Mana nak campak rasa itu?
Mana nak simpan resah itu?
Mana nak buang itu?
Dalam pedih melihat
Dalam senyum kelat
Dalam tawa sedu air mata
Kita masih perlu rasa itu, hadapi itu, harungi itu
Kerana hidup itu bukan hanya merasai yang manis
Kadangkala yang kelat itu yang membawa manisnya hari esok
Kadangkala yang manis itu tak berkekalan
kehidupan ini bukan milik kita, sementara
kita tak perlu apa-apa
hanya abdikan dirimu pada yang punya segala
buka buku baru, tamatkan kisah lama
lupakan kisah yang kita hadapi semalam, itu kenangan
hadapi hari ini, itu kenyataan




Abu Huraira r.a berkata "setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku dan semakin dekatnya hari penghitunganku"

salam.maal.hijrah.1433




No comments: