Thursday, April 14, 2011

bintang-malam-mentari-siang





Kaku bagai batu di suatu sudut
Mengimbau kenangan sesaat jauh ketika dahulu
Mengharap masih sesaat itu punya lebih
Lebih.

Aku tidak mahu tahu siapa kamu
Aku tidak mahu tahu mengapa dia
Aku tidak mahu tahu kenapa aku
Aku tidak mahu tahu tentang mereka
Aku hanya kepingin tahu apa yang tersembunyi disebalik awan hati mereka
Aku hanya kepingin tahu apa yang terselindung di sebalik pekat malam jiwa mereka
Aku hanya kepingin tahu apa yang tersimpul ketat disebalik runtaian kata jiwaraga
Ingin.

Masih mengharapkan sinar rembulan tak terlindung dek awan kelam malam
Masih mengharap suria siang tak sirna dek hujan petang.
Masih mengharap.
Masih.




No comments: