Friday, February 11, 2011

semalam itu kenangan



boleh tak kalau aku nak kembali ke hari semalam?
boleh tak kalau aku nak lagi saat manis berulang?
boleh tak kalau aku nak buangkan kisah pahit semalam?

boleh tak?

boleh tak?

boleh tak?

biarpun air mata darah mengalir di tubir mata insan
biarpun harta berjuta kita taruhkan
realiti masih sama

tetap tak boleh kan?

aku nak sangat kembali kepada kisah semalam
aku nak perbetulkan masa silam
supaya hari ini aku tiada penyesalan
supaya hari ini sentiasa ceria seperti semalam
esok juga, dan seterusnya

tapi itu mustahil kan?

namun sedarilah sesuatu

tuhan datangkan malam selepas siang
tuhan ciptakan pelangi selepas hujan

sebab tuhan maha tahu
kita hanya mampu merancang
tuhan yang tentukan
kita hanya mampu mengharapkan
tuhan jadikan ianya sebuah kenyataan

jangan pernah menyesal tentang siapa anda pada hari ini
kerana anda masih berpeluang memperbetul siapa anda hari esok
tapi anda memang harus menyesal dengan apa yang anda akan jadi hari esok
kalau anda tidak berusaha mengubahnya hari ini

2 comments:

Luqman Zakaria said...

jom singgah blog arep bc pasal NURKASIH THE MOVIE!!

http://www.arepnakbebel.com/2011/02/nurkasih-movie.html

nur ain maisarah said...

.kalo la aq bole blk ke tarik 16/10/2010..
.aq nk btulkn keadaan tuh..

.walaupun da okeh,tp kesannya msh tersa smpai skang
T__T