bila satu saat nanti kau mengenali aku
baru kau tahu
ada yang lebih sempurna dari aku
bila satu saat nanti kau mengenali aku
baru kau tahu
yang aku tak sesempurna yang kamu mahu
dan satu saat nanti
kau akan mengenali aku
serta kau mengenali dunia
yang kesempurnaan itu tiada nilainya
pernah satu ketika aku cuba menafsir erti sempurna
pernah satu ketika aku cuba menjadi sempurna untuk mereka
tapi untuk apa?
kerana hakikat itu bukan kita
itu cerminan palsu yang kita tonjolkan kepada dunia
kau sempurna tapi itu palsu semata
untuk apa?
untuk kau banggakan pada semua yang kau ada apa yang aku tiada?
itu hanya fantasi yang kau cipta
kau jelmakan dalam realiti dunia
tapi hakikatnya masih sama
ITU BUKAN KAU
hebahlah pada dunia kelebihan kau
hebahlah pada dunia siapa kau
tapi jangan pernah lupa ada yang lagi sempurna dari kau
ada yang lebih hebat dari kau
berkawan dengan aku kerana diri aku
bukan kerana siapa aku
atau sedikit kesempurnaan yang ada pada aku
kerana tak semua yang kau nampak pada aku itu kekal selalu
itu bukan milik aku
percayalah
itu milik PENCIPTA aku
7 comments:
nice!!!! power jugak.mcm lirik lagu pun dah.. itu milik PENCIPTA aku..
kamu ditag kat sini 24+1 = aku
wah wah! bermadah madah !
.fik.
.tuka opsyen la.
.jgn jd lawyer,jd sasterawan negara.
.nak??
@@gaung : macam lirik lagu? kalau macam tu nak jd penulis lirik lah.kehkehkeh
@@arep : wahh, madah berhelah? kehkehkeh
@@aen : nak jadi dua dua boleh? HAHAH
.weh.
.tamak lak.
1 da la..
Post a Comment