Monday, January 17, 2011

saya mulut laser, dan saya tak ok!


another short entry :(

..ihsan pacikkgoogle..



"Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa" 



Aku tak pasti kenapa pulut boleh binasakan santan

tetapi kalau kerana mulut pasti binasa badan, ini aku pasti! 

Ianya peringatan bahawa setiap patah bicara yang keluar dari mulut kita boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri, mahupun orang disekeliling. 
Lidah anugerah Tuhan kepada hambaNya untuk berbicara, berkomunikasi tetapi ingatlah, jangan sesekali disalahgunakan untuk mendatangkan keburukan kepada orang lain dan mempunyai maksud yang kurang baik untuk menjatuhkan maruah orang lain.
Justeru, berhati-hatilah semasa berbicara, berhati-hatilah dalam bergurau senda.
Tak semua orang faham niat kita untuk bermesra, terkadang mereka tersalah erti niat kita.
Jika dikhuatiri boleh menyebabkan pihak lain terasa hati dan mendatangkan dosa, lebih baik berdiam diri.
Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik.



notakaki : terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya




p.s : peringatan kepada mereka, serta dia, juga saya...kerana saya mulut laser, dan saya tak ok!
p.s.s : maaf kalau ada yang terasa, kerana aku juga seperti mereka, hanya manusia biasa :)

6 comments:

arep_lockermonth said...

huhu :P nice onE!

arep_lockermonth said...

huhu :P nice onE!

nub said...

salah cakap mang mintak pukoi laa..hihi

Scya LollitA said...

meh aku cili mulut laser kau haha :D

Ain Atika said...

huhu...memang kena jaga cara bercakap..kang ada orang terasa dah tak okay...

Muhammad Hanafi B Haron said...

erm ko betol..tula,orang ni kadang2 xpaham n xtau nk jaga hati dan perasaan orang lain..dia ingat semua ayat yang dia cakap adalah gurauan,padahal the other party feel uneasy dan xsuka.dia nak orang jep jaga perasaan dan hati dia..tapi hati kita?kita punya la nak jaga hati dia,tapi,dia anggap ini semua gurauan..what a?!!sometimes,kalo nk bergurau pun,ada batasnya..Rasulullah S.A.W pun ada pesan,jaga batas dalam bergurau dan ia tidak mengaibkan orang itu..tapi,tula sesetengah orang..mereka ingat,muka ceria,mudah mesra dan tersenyum bermakna kita boleh mnjadi bahan gurauan sentiasa.xpernah walau sesaat nk pikir,pe agaknya perasaan orang tu.huhuhu

p/s:stop gurau bila muka orang tu lain macam..