Thursday, January 13, 2011

he is not a HERO, but sometime he try to be one

Ini kisah tentang dia.
Dia yang namanya dirahsiakan.
Dia yang tidak siapa tahu rahsianya yang tersimpan.
Dia bukan superman.
Jauh sekali ultraman.
Juga bukan cicakman.
Dia punya angan-angan. Besar .
Pernah ketika dahulu ingin menjadi doktor. Pakar.
Tapi terhalang kerana Bio tak berapa mantap. Tapi bukan gagal.
Pernah juga bercita-cita nak jadi cikgu.
Tapi sayang temuduga tak dapat.
Dia cekalkan hati.
Dia tabahkan hati.
Kerana dia yakin akan satu hal.
‘Everythings happen, happen for a reason’.
Pernah juga rasa putus asa. Kecewa.
Tapi dia belum surrender. Belum sampai masanya.
Dia mohon nak jadi lawyer.
Alhamdulillah, rezekinya.
Dia dapat yang fast-track punya. Shah alam lokasinya.
Mula-mula nak jugak batalkan saja. Kerana jauh jaraknya.
Tapi dia gagahkan hatinya. Kerana itu cita-citanya.
Cita-cita yang datang sejak dia mula mengenal dunia.
Sejak dia mula tahu apa erti dewasa.
Dia bukan petah berbicara.
Terkadang pemalu juga.
Tapi entah mengapa, keinginannya begitu kuat meronta.
 Bukan dia tidak tahu yang dia bukan boleh berbicara seperti mereka.
Takut. Gementar.
Yang paling utama, dia terketar. 'Stage fright' katanya.
Tapi dia gagahkan juga.
 Kerana apa? Kerana itu cita-citanya.
Itulah dia.
Dia yang tak punya apa-apa.
Dia yang sentiasa berusaha.
Walaupun terkadang dia jatuh tanpa pertolongan.
Terkadang rebah tanpa bantuan.
Tapi dia sentiasa mencuba.
Mencuba untuk menjadi yang utama.
Kerana dia yakin, ALLAH itu ada, dan akan sentiasa ada untuknya.

5 comments:

nub said...

nicee!!

My MiRa said...

moga suatu hari dia dapat apa yang dia impikan ok...mira doakan yang terbaik

Muhammad Hanafi B Haron said...

pesan aku kepada insan yang dirahsiakan itu (walopun aku tau sape orang tu),jangan la mudah putus asa dan lemah semngat..cuba lagi dan terus mencuba..kerana hasil usaha itu yang bernilai dan Allah sdg menguji sejauh manakah kita mampu terus istiqamah dalam menegakkan perjuangan.inilah dinamakan dengan perit jerih serta pengorbanan dalam menuntut ilmu..ingatlah bahawa dalam usaha menuntut ilmu itu,kita sebenarnya sedang diuji dan mencari keredhaan Allah.itu yang penting

She's retarded said...

nice entry! ada meaning tersurat dan tersirat

mie said...

fuh!!!
banyak makna ni..
ehehee