Tuesday, November 16, 2010

hanya kerana yang pertama

Assalamualaikum
Sekadar berkongsi apa yang di baca di iluvislam

Setiap dari kita, tentunya ada banyak pengalaman yang pertama.
Pertama kali ke sekolah
Pertama kali ke dusun buah-buahan
Pertama kali jatuh cinta
Pertama kali dilukai
Pertama kali kehilangan orang tersayang
pertama kali jatuh basikal

Dan macam-macam lagi 'yang pertama'.


Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir
Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu

Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua


Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah
Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan

Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan


Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.

Hebatnya penangan pertama
Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya
Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama

Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.


Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?

hanya kita yang tahu jawapannya
kadang-kadang, yang pertama tak semestinya indah
yang pertama tak selalunya membuatkan kita bahagia
yang pertama juga selalu membuatkan kita menangis apabila terkenangkannya

tapi yang pasti
setiap dari kita akan selalu mengharungi yang pertama

A journey of a thousand miles begins with a single step

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar.

Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.


Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan.

Hanya kerana ia adalah yang pertama.


Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita.
Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa.
Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya.
Dalam hidup ini, ada suka dan duka.
Ada pahit dan manis.
Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan.

Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.


Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah.

Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.


Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita

sumber : iluvislam

1 comment:

Anonymous said...

pabila diri dilukai wat kali pertama..ae mte jtuh,.ibrt ae sungai yg mgalir..bnyk sgt..x trthn rse skit aty ini..kdg2 rse cam xde smgt nk id0p..sdeyh sgt2..hnye dri sndri jer yg fhm,.mse 2,kte prlukn dy..Dia n kwn2 dgr cter kte..tpi mse 2 cam xde mkne lgy dh,.id0p niey kdg2 bkn sume bnda kte dpt..hnye krna yg prtme..:'(