Sunday, September 5, 2010

i'm PERFECTLY IMPERFECT !

maafkan aku kerana tak sempurna
sekurang-kurangnya kita masing-masing mencuba 
menjadi yang terbaik untuk 'kita'
namun mungkin bukan takdir kita untuk masih bersama

sejujurnya aku mengundur bukan kerana aku kecewa
bukan juga kerana aku sengsara
aku mengundur juga bukan kerana terpaksa
namun aku sedar yang aku bukan orang yang selayaknya

langsung tak pernah pudar rasa sayang
langsung tak pernah hilang rasa rindu yang mencengkam
ingin sekali andai bisa waktu diputarkan
aku ingin kembali pulang ke masa silam

aku tahu, aku sedar itu hanya khayalan
yang hanya sekadar bermain di minda tanpa batasan 
yang hanya sekadar membibitkan senyuman tanpa perasaan
yang hanya sekadar memalsukan fizikal luaran

dunia kita berbeza itu kenyataan
kita bukan lagi sehaluan
namun apa yang pasti dirimu sentiasa di ingatan
takkan luput, selagi nyawa di kandung badan


notakaki : jangan mempertikai sayang mereka kepada kita, sebaliknya menilai sejauh mana sayang kita kepada mereka

1 comment:

jie said...

pe2 pn... dia sentiasa d ingatan..